Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan penyertaanya untuk menyertai formula 1 pada musim 2010. dalam keadaan ekonomi yang semakin merudum, dan beberapa pasukan seperti Honda dan juga BMW telah menarik diri daripada menyertai F1 pada musim 2010 nampaknya malaysia seolah-olah tidak menerima tempiasnya. Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia begitu bersungguh-sungguh dalam membangunkan teknologi jenteranya bagi menyangi nama-nama besar pembuat kereta dunia seperti Toyota, Honda ataupun Mitsubishi?? persoalannya di sini, siapakah agaknya yang bakal menjadi pemandu jentera itu nanti?Adakah Alex Yoong??hehhehe...pemandu kereta F1 pertama negara??mungkin tidak...adakah pelumba Malaysia itu bernama Fairuz Fauzi??mungkin juga.. Walau apa pun yang terjadi kita lihat perkembangannya nanti..Ini adalah serba sedikit tentang latar belakang 1Malaysia F1 team.


Company Name: 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd

Team Name: Lotus F1 Team

Country: Malaysia

Team Principal: Tony Fernandes

Sebuah kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Consortium of Malaysian Entrepreneurs, 1Malaysia F1 team telah mengembalikan nama Lotus sebagai konstruktor Formula Satu untuk pertama kalinya sejak tahun 1994. Pasukan yang akan berpengkalan di RTN facility di Norfolk, United Kingdom 10 batu daripada kilang pembuat kereta Lotus berkeluasan 50,000 kaki persegi lengkap dengan kemudahan fasiliti. RTN pada awalnya dibangun oleh Toyota untuk program Formula Satunya dan kemudiannya digunakan oleh Bentley untuk program Le Mans.



0 comments:

Post a Comment